Pengenalan Kepada Virus Komputer

GilerMedia Author: Perantau Senja ·
Categories:
Assalamualaiikum kepada semua pembaca [GH] dan selamat sejahtera juga diucapkan.Seringkali kita mendengar perkataan VIRUS.apa itu Virus? ketahui sedikit sebanyak info tentang virus dan jenisnya .


Apa itu Virus
Virus adalah sejenis aturcara dibawah golongan perisian penyangak. Di bawah disenaraikan perisian-perisian penyangak yang dikenali umum.

Perisian Berpepijat(Bug-Ware) Aturcara ini merupakan aturcara komputer biasa yang bertujuan untuk kegunaan baik tetapi mempunyai ralat yang tidak dikesan oleh pengaturcara. Ia mungkin disebabkan kesuntukan masa atau sememangnya pengaturcara itu bebal atau malas. Aturcara ini akan mengakibatkan kerosakan pada data pengguna.

Kuda Kayu(Trojan Horse) Dinamakan sempena hikayat kuda kayu dalam peperangan pihak Greek dan Trojan pada zaman dahulu, aturcara ini nampak dari segi luarannya seperti aturcara biasa yang digunakan untuk tujuan baik tetapi mempunyai agenda tersembunyi didalamnya. Kebanyakkan aturcara penyangak di serahkan kepada pengguna sebagai Trojan Horse. Ini termasuk aturcara virus.

Sumpah-Sumpah(Chameleon) Aturcara ini menyamar seperti aturcara biasa yang dikenali umum tetapi sebenarnya merupakan aturcara jahat. Contoh aturcara ini adalah aturcara yang meminta pengguna memasukkan kata laluan mereka. Kata laluan tersebut kemudiannya digunakan oleh penyangak yang membuat aturcara ini

Bom Perisian(Software Bombs) Aturcara ini paling senang dibangunkan. Ia bertindak merosakkan data sebaik sahaja ia diproses.

Bom Logik (Logic Bombs) Aturcara ini selalunya menyemak sesuatu peristiwa dan melancarnya jika ia menepatinya. Sebagai contoh seorang pengaturcara menyemak maklumat gajinya. Apabila maklumat gajinya dibuang, yang bermakna ia telah dibuang kerja maka aturcara bom logiknya itu akan merosakkan semua maklumat didalam komputer.

Bom Masa (Time Bombs) Aturcara ini akan bertindak apabila menepati masa yang ditunggu atau nilai iterasi nya.

Pereplika (Replicators) Dikenali juga sebagai arnab. Ia mereplikakan dirinya sehingga memenuhi memori dan/atau cekera. Ia dicipta supaya sistem menghadapi masalah sumber sistem yang mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan dan kemudiannya tidak dapat beroperasi.

Cacing (Worms) Aturcara cacing ini selalunya berjangkit dari satu komputer ke satu komputer lain dalam rangkaian. Ia mereplikasikan dirinya semata-mata untuk menjangkiti komputer lain. Selalunya aturcara ini memasuki komputer dengan senyap dan setelah mendapat apa yang dikehendaki ia akan menghapuskan segala tanda tentang kehadirannya.

Virus Merupakan aturcara penyangak yang paling diketahui umum. Ia merubah aturcara lain supaya ia dapat menyeludup masuk kedalam komputer. Aturcara ini berupaya mereplikasikan dirinya. Jika ianya dibina dengan teliti ia tidak menukar atribut masa dan saiz atau pun 'checksum' aturcara yang ditumpangnya. Jenis-jenis Virus Terdapat beberapa jenis Virus yang sering menjangkiti komputer.

Virus Sektor Boot (Boot Sector Virus)
Virus ini menjangkiti sektor boot atau rekod boot utama (master boot rekod). Ia selalunya mengalihkan aturcara asal kesektor lain dan menandakan sektor tersebut sebagai rosak. Ia kemudiannya mengisi sektor boot terbabit dengan aturcara penyangak. Kebanyakan virus adalah dari jenis ini. Ia sangat popular kerana kerana ia agak susah dikenali kerana ia dibaca pada awal-awal lagi semasa komputer baru dibuka. Ia juga dapat mengawal komputer sebelum aturcara lain dapat diproses. Virus jenis ini menjangkiti komputer dengan satu cara sahaja iaitu apabila pengguna memulakan komputer dengan disket yang telah dijangkiti beraada dalam pemacu disket. Ia selalunya akan tinggal dalam memori supaya dapat menjangkiti disket lain

Virus Yang Menjangkiti Fail Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl. Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan mempastikan apabila file ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa sangsi akan aturcara berkenaan

Virus Polymorphic Virus jenis ini adalah diantara virus yang susah hendak dikesan kerana ia sentiasa berubah wajah. Ini dilakukan supaya perisian anti virus tidak mudah mengesannya berdasarkan sesuatu bentuk atau corak. Aturcara virus jenis ini sebenarnya mempunyai kebolehan merubah kodnya dengan menggunakan kod rahsia yang sering berubah algorithmanya

Virus Stealth Virus jenis ini cuba mengelak dari dikesan oleh sistem pengendalian dan juga perisian anti-virus. Virus jenis ini akan sentiaasa berada dalam memori dan memintas sebarang cubaan untuk mengesannya dengan memberikan maklumat palsu. Ia akan menyorok segala perubahan pada saiz fail, struktur direktori dan lain-lain aspek sistem pengendalian. Oleh kerana ia sentiasa berada dalam memori ini bermakna ruang memori tambahan telah digunakan. Bagaimana pun virus ini akan menyorok maklumat ini dari sistem pengendalian dan perisian anti-virus

Virus Multi-partite Virus jenis ini selalunya menjangkiti sektor boot dan juga fail yang boleh dilaksanakan. Mereka adalah perian virus yang paling sukar hendak dikesani kerana ia menggunakan teknik pelbagai seperti teknik stealth dan juga polymorphic

Virus Macro Virus Macro menjangkiti fail dokumen Microsoft word. Macro merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia senang merebak kerana dokumen Words digunakan hampir seluruh pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot yang digunakan oleh semua dokumen Words.

Jadi,Sudahkah anda bersedia untuk menerima serangan VIRUS???

Facebook

NetworkedBlog

Sponsor